ALLAH berfirman mengenai Nuh;
Ketika dia memohon kepada ALLAH agar menyelamatkan anaknya, permohonan ini dianggap sebagai sesuatu yang mewajibkan istighfar, bahkan dia khuatir menjadi rugi;
Dalam al-Quran, dikisahkan tentang ucapan Nabi Musa 'alaihis salam;
... Itu hanyalah cubaan dari MU, dan ENGKAU sesatkan dengan cubaan itu sesiapa yang ENGKAU kehendaki, dan ENGKAU beri petunjuk sesiapa yang ENGKAU kehendaki. ENGKAUlah Yang memimpin kami, maka ampunilah kami, dan berilah kami rahmat dan ENGKAUlah Pemberi ampun yang sebaik-baiknya. Dan tetapkanlah untuk kami kebajikan di dunia ini dan di akhirat; sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepada MU... (surah al-A'raf; 7:155-156)
Nabi Ibrahim berdoa mengharapkan ampunan TUHANnya dengan menyebut kurnia-kurnia ALLAH kepadanya;
(iaitu TUHAN) yang menciptakan aku, maka DIAlah yang menunjuki aku. Dan DIAlah yang memberi makan dan minum kepadaku. Dan apabila aku sakit, DIAlah yang menyembuhkan aku. Dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali). Dan Yang amat aku inginkan akan mengampuni kesalahku pada hari kiamat. (surah asy-Syu'ara`; 26:78-82)
Setelah membaca ayat-ayat ini, seorang Mukmin akan bertanya, "Kesalahan apa yang telah diperbuat oleh Khalilullah? Apa dosa yang telah dilakukan oleh Nabi-Nabi ALLAH?
Tempat-tempat Istighfar
Istighfar adalah meminta ampunan kepada ALLAH, mengakui dosa dan kesalahan. Istighfar disyariatkan dalam pelbagai kondisi, antara lain seperti berikut:
1. Ketika berbuat dosa
Kondisi ini termasuk kondisi yang sangat ditekankan untuk beristighfar. Dalam kondisi ini, seorang hamba diharapkan mengakui dosa, bertaubat dan memohon kepada ALLAH agar menghapus bekasnya dan mencuci kotorannya. Ketika Nabi Adam 'alaihis salam melanggar perintah ALLAH, baginda bersama-sama isterinya berdoa;
Ketika Nabi Musa membunuh anak lelaki yang baginda tidak diperintahkan untuk membunuhnya, baginda berdoa;
Ketika Nabi Yunus dan meninggalkan kaumnya, baginda berdoa;
ALLAH Ta'ala berfirman;
Nabi pernah berkata kepada 'Aisyah, "Wahai 'Aisyah. Apabila engkau berbuat dosa, mintalah ampun kepada ALLAH. Sesungguhnya taubat dari dosa ialah penyesalan dan istighfar." (HR Ahmad)
Dalam hadith Abu Hurairah, Nabi bersabda, "Apabila seorang hamba berbuat satu kesalahan, tertorehlah di hatinya satu titik hitam. Apabila ia meninggalkan (dosa itu), beristighfar dan bertaubat, hatinya menjadi berkilap. Apabila ia mengulanginya, ditambahilah titik hitam itu sehingga menutupi hatinya. Itulah hati tertutup yang disebutkan ALLAH;
2. Setelah berbuat taat
Nabi membaca istighfar 3 kali selepas solat dan berdoa, "Ya ALLAH! ENGKAUlah Pemberi keselamatan, dan daripada ENGKAUlah keselamatan, ENGKAU memberi barakah, wahai Pemilik kemuliaan dan kemurahan." (HR al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Setelah melaksanakan ibadah haji, ALLAH memerintahkan hamba-hamba NYA untuk beristighfar;
Setelah wudhu disyariatkan membaca doa, "Mahasuci ENGKAU, Ya TUHAN kami, segala puji bagiMU. Aku bersaksi tiada Ilah selain ENGKAU. Aku memohon ampun dan bertaubat kepadaMU."
Setelah menyelesaikan ibadah malam, ALLAH menggambarkan hamba-hamba NYA;
ALLAH memerintahkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam untuk istighfar pada akhir dakwahnya kepada agama ALLAH dan mujahadahnya pada jalan ALLAH;
Apabila telah datang pertolongan ALLAH dan kemenangan. Dan kamu melihat manusia masuk agama ALLAH dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji TUHANmu dan mohonlah ampun kepada NYA. Sesungguhnya DIA adalah Maha Penerima taubat. (surah an-Nasr; 110:1-3)
Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, "Orang-orang yang mempunyai tekad dan matahati, ia lebih banyak beristighfar setelah berbuat taat, kerana mereka melihat kekurangan diri dalam perbuatan taat, serta tidak menjalankannya untuk ALLAH secara semestinya untuk kemuliaan dan keagungan NYA. Seandainya tidak ada perintah, sudah pastilah tiada seorangpun daripada mereka yang mengerjakan ibadah seperti ini dan tidak merelainya demi TUHANnya." (Madarijus Salikin)
3. Pada saat zikir harian
Banyak doa Nabi yang memuatkan doa istighfar; doa iftitah, duduk antara dua sujud, ruku' dan sujud.
Ketika Abu Bakr meminta Nabi mengajarkan kepadanya doa untuk dibaca dalam solat, Nabi memerintahkan untuk berdoa, "Ya ALLAH! Sesungguhnya aku banyak menganiaya diriku sendiri. Sedangkan tiada yang mengampuni dosa selain ENGKAU. Maka berilah aku ampunan dari sisi MU dan sayangilah aku. Sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (HR Ahmad, al-Bukhari dan Muslim)
Di sini anda melihat, bahawa setiap tempat yang disyariatkan berdoa dalam solat maka disyariatkan pula istighfar.
Dalam zikir pagi dan petang, seseorang disyariatkan berdoa dengan sayyidul istighfar. "Barangsiapa membacanya dengan meyakininya lalu mati pada hari itu sebelum petang tiba, maka ia termasuk penghuni syurga. Barangsiapa membacanya pada malam hari dengan meyakininya lalu ia mati sebelum pagi tiba, maka ia termasuk penghuni syurga." (HR Ahmad dan al-Bukhari)
4. Membaca istighfar terus-menerus pada setiap waktu
Inilah merupakan ratib Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam meskipun baginda telah diampuni dosa yang telah lalu dan akan datang.
Diriwayatkan dari al-Aghar al-Muzni radhiallahu 'anhu bahawa Rasulullah bersabda, "Sungguh, hatiku tertutup. Sesungguhnya aku meminta ampun kepada ALLAH 100 kali dalam sehari." (HR Muslim)
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ia berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda, "Demi ALLAH! Sesungguhnya aku meminta ampun kepada ALLAH dan bertaubat kepadaNYA dalam sehari lebih dari 70 kali." (HR al-Bukhari)
Diriwayatkan dari Umar radhiallahu 'anhu, ia berkata, "Sungguh, kami menghitung Rasulullah dalam satu majlis 100 kali (bacaan) 'TUHANku, ampunilah aku. Terimalah taubatku. Sesungguhnya ENGKAU Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.' " (HR Abu Daud dan at-Tirmizi)
Dalam kebanyakan doa yang dibaca Nabi, baginda memohon ampun kepada ALLAH. Diriwayatkan dari 'Aisyah ia berkata, "Setelah turun ayat 'Apabila datang pertolongan ALLAH dan kemenangan...' Nabi tidak solat melainkan sesudahnya akan membaca, 'Mahasuci ENGKAU, TUHAN kami, segala puji bagi MU. Ya ALLAH, ampunilah dosaku!' " (HR al-Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan dari Abu Musa bahawa Nabi berdoa dengan doa ini, "TUHANku, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, keberlebih-lebihanku dalam setiap perkara, dan apa-apa yang ENGKAU lebih mengetahuinya daripadaku. Ya ALLAH! Ampunilah semua kesalahanku, kesengajaanku, kebodohanku dan kesungguhanku, semua itu berasal dari diriku. Ya ALLAH! Ampunilah dosaku dari apa-apa yang telah ku lakukan, apa-apa yang ku rahsiakan dan apa-apa yang ku tampakkan. Sesungguhnya ENGKAU Maha Mendahulukan dan Maha Mengakhirkan. ENGKAU Maha Kuasa atas segala sesuatu." (HR al-Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berdoa, "Ya ALLAH! Hanya untuk MU lah aku memeluk Islam, kepada MU aku beriman, pada MU aku bertawakkal, kepada MU aku bertaubat, kerana MU aku bermusuhan dan kepada MU aku meminta keputusan. Kerana itu ampunilah dosaku yang telah aku lakukan, yang aku rahsiakan dan yang aku tampakkan. Sesungguhnya ENGKAU Maha Mendahulukan dan Maha Mengakhirkan. Tiada Ilah selain ENGKAU." (HR al-Bukhari dan Muslim)
Ya ALLAH! Dosa apa yang telah dilakukan oleh jiwa suci ini?! Kesalahan apa yang ditampakkan dan dirahsiakannya?! Kesalahan apa pula yang pernah dilakukan dan akan dilakukannya?!
Meskipun Nabi telah diampuni dosanya pada masa lalu dan yang akan datang, tinggi sebutannya, tinggi darjatnya, baginda tetap meminta ampun kepada ALLAH 100 kali dalam sehari, bahkan dalam satu majlis. Bagaimana dengan kita, wahai segenap orang yang berlumuran dosa dan kesalahan?
Saudaraku yang terhormat. Pada kedudukan seperti ini, istighfar sangat layak kita lakukan dalam satu majlis. Hendaknya lidah kita tidak kelu dengan membaca istighfar dan bertaubat pada setiap waktu dan kesempatan. Hendaknya kita berusaha menjaga doa-doa rawatib, menghadirkan dan membacanya untuk dosa dan kesalahan kita dalam naungan ALLAH.
Istighfar yang membekas dalam jiwa dan menghasilkan tujuannya adalah istighfar yang hati dan lisan sejalan, kerana hatilah yang memerintahkan untuk taubat dan menjauhi dosa, serta perasa terhadap dosa dan kesalahan. Kerananya marilah kita semarakkan hati, sebelum lisan kita dengan istighfar dan penyesalan.
Saudaraku yang terhormat,
Istighfar adalah perbuatan yang mengagumkan ALLAH 'Azza wa Jalla. Diriwayatkan dari 'Ali radhiallahu 'anhu, dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, baginda bersabda, "Sesungguhnya TUHANmu kagum terhadap hamba NYA apabila berdoa, 'TUHANku, ampunilah dosa-dosaku,' dan dia tahu bahawa tidak ada yang mengampuni dosa selain AKU." (HR Abu Daud)
Al-Hakim meriwayatkan hadith dari 'Ali, "Sungguh, ALLAH kagum terhadap hamba apabila dia berdoa, 'Tiada Ilah selain ENGKAU. Sesungguhnya aku mengampuni diriku sendiri. Kerana itu, ampunilah dosa-dosaku, kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa selain ENGKAU.' ALLAH lalu berkata, 'Hamba KU tahu bahawa dia mempunyai TUHAN yang mengampuni dan menghukum.' "
Dipetik dari buku Sabilun Najah min Suumil Ma'shiyah (edisi terjemahan: Jalan Selamat Dunia Akhirat). Syeikh Muhammad bin Abdullah Duwaisy
0 comments:
Post a Comment